Tidurlah, sekiranya kamu terjaga maka berbuat baiklah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ناموا؛ فإذا انتبهتم فأحسنوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidurlah, sekiranya kamu terjaga maka berbuat baiklah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2035 hadis nombor 10240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ناموا، فإذا انتبهتم فأحسنوا.
[ابن الأعراب، الشاشي في ((المسند))، البزار، الجرجاني، هب، ((الضعيفة)) (4686)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidurlah, sekiranya kamu terjaga maka berbuat baiklah.
[Riwayat Ibn al-A’rab, al-Shashi dalam al-Musnad, al-Bazzar, al-Jurjani dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4686]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.