Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tidurlah kamu, apabila kamu terjaga maka hendaklah kamu berbuat baik

Teks Bahasa Arab

ناموا؛ فإذا انتَبَهْتم فأحسِنُوا.

Teks Bahasa Melayu

Tidurlah kamu, apabila kamu terjaga maka hendaklah kamu berbuat baik.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 214, hadis no. 1131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ناموا؛ فإذا انتبهتم فأحسنوا)). [هب، أبو سعيد الأعرابي، الشاشي في ((المسند))، البزار، الجرجاني في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4686)]

(Daif) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidurlah kamu, apabila kamu terjaga maka hendaklah kamu berbuat baik. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman, Abu Sa’id al-A’rabi, al-Shashi dalam al-Musnad, al-Bazzar dan al-Jurjani dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4686]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.