Sanadnya lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: الصُّبْحَةُ تَمْنَعُ الرِّزْقَ وَالصُّبْحَةُ: نَوْمُ أَوَّلِ النَّهَارِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Al-Subhah itu menghalang rezeki.Al-Subhah bermaksud tidur pada waktu awal siang (iaitu pagi selepas subuh).
Sahabat Perawi
- Uthman bin 'Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Sanadnya lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 152-153, hadis no. 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Adi meriwayatkannya daripada Uthman bin Affan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Abu Farwah sedangkan dia matruk (ditinggalkan riwayatnya kerana dituduh berdusta). Al-Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali: Sesungguhnya ia dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad di dalam Ziyadat al-Musnad, al-Baihaqi di dalam al-Syuab, dan Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah dan dia menyebutkan baginya riwayat-riwayat sokongan. Diantaranya: Apa yang diriwayatkan oleh al-Dailami daripada Anas, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu tidur daripada mencari rezeki-rezeki kamu diantara solat Subuh sehingga terbit matahari. Perawi berkata: Lalu ditanya kepada Malik tentang maksud hadith ini, lalu dia menjawab: (Pada waktu pagi itu) dia bertasbih, bertakbir, beristighfar 70 kali, maka ketika itulah turunnya rezeki. Diantaranya juga hadith Fatimah binti Rasulillah SAW dalam riwayat al-Baihaqi, Fatimah berkata: Rasulullah SAW masuk berjumpa denganku selepas baginda solat Subuh sedangkan aku baring dengan bersandar, lalu baginda menggerakkan aku dengan kaki baginda sambil berkata: Wahai anakku! Bangun dan carilah rezeki tuhanmu dan janganlah menjadi orang-orang yang lalai. Sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki kepada hamba-hambanya diantara pada waktu Subuh sehingga terbit matahari. Al-Baihaqi berkata: Sanadnya daif, tamat nukilan. Dan pada satu lafaz: Apabila kamu selesai daripada solat Subuh, jangan kamu tidur daripada mencari rezeki-rezeki kamu. Dan pada satu lafaz: Tidaklah bumi berasa hairan terhadap sesuatu melebihi hairannya terhadap darah yang haram atau mandi dari zina atau tidur di atasnya sebelum terbit matahari.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman