Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidur orang yang berpuasa merupakan ibadah, diamnya adalah tasbih, doanya mustajab dan amalannya diterima

Teks Bahasa Arab

نومُ الصائمِ عبادةٌ، وسكوتُه تسبيحٌ، ودعاؤُهُ مُستَجابٌ، وعملُه مُتَقَبَّلٌ.

Teks Bahasa Melayu

Tidur orang yang berpuasa merupakan ibadah, diamnya adalah tasbih, doanya mustajab dan amalannya diterima.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Abi Awfa RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1498, hadis no. 7637. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن أبي أوفى مرفوعاً: نوم الصائم عبادة، وسكوته تسبيح، ودعاؤه مستجاب، وعمله متقبل. [ابن صاعد في ((مسند ابن أبي أوفى))، فر، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (4696)]

(Lemah) Daripada Ibn Abi Awfa RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidur orang yang berpuasa merupakan ibadah, diamnya adalah tasbih, doanya mustajab dan amalannya diterima. [Riwayat Ibn So’id dalam Musnad Ibn Abi Awfa, al-Dailami dalam al-Firdaus dan al-Wahidi di dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4696]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.