Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَوْمُ الصائمُ عبادةٌ وسُكُوتِهِ تَسْبِيحٌ ودعَاؤُه مُسْتَجَابٌ وعَمَلُه مُتَقَبِلٌ.
Teks Bahasa Melayu
Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, diamnya dia adalah tasbih, doanya dimakbulkan dan segala amalan baiknya diterima.
Sahabat Perawi
- Ibn Abi ‘Aufa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1145, hadis no. 5794. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن أبي أوفى رضي الله عنه مرفوعا: نوم الصائم عبادة وسكوته تسبيح ودعاؤه مستجاب وعمله متقبل. [ابن صاعد في مسند بن أبي أوفى، فر، الواحدي في الوسيط، الضعيفة (4696)]
(Lemah) Daripada Ibn Abi ‘Aufa RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, diamnya dia adalah tasbih, doanya dimakbulkan dan segala amalan baiknya diterima. [Riwayat Ibn So’id dalam Musnad bin Abi Aufa, al-Daylami dalam al-Firdaws, al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.4696].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman