TEKS BAHASA ARAB
كان إذا وجد الرجل راقداً على وجهه؛ ليس على عجزه شيء، ركضه برجله، وقال: هي أبغض الرقدة إلى الله عز وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW apabila melihat seseorang tidur menelengkupkan pada wajahnya (tidur meniarap) tanpa ada sesuatu di belakangnya, baginda mengejutkannya menggunakan kaki baginda seraya baginda bersabda: Ia adalah tidur yang paling dibenci oleh Allah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1274, hadis nombor 6522. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بتمامه)
عن عمرو بن الشريد، قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا وجد الرجل راقداً على وجهه؛ ليس على عجزه شيء، ركضه برجله، وقال: هي أبغض الرقدة إلى الله عز وجل.
[حم، ((الضعيفة)) (4218)]
(Lemah dengan lafaz yang lengkap)
Daripada ‘Amr bin al-Sharid, katanya: Baginda SAW apabila melihat seseorang tidur menelengkupkan pada wajahnya (tidur meniarap) tanpa ada sesuatu di belakangnya, baginda mengejutkannya menggunakan kaki baginda seraya baginda bersabda: Ia adalah tidur yang paling dibenci oleh Allah.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. (4218)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.