Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidur kamu di atas katil kerana berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu

Teks Bahasa Arab

نومُكُ على السَّريرِ برًّا بوالديْكَ تُضحِكُهما ويُضحِكانِكَ أفضَلُ من جِهادِكَ بالسَّيفِ في سبيلِ اللَّهِ عزَّ وجَلَّ

Teks Bahasa Melayu

Tidur kamu di atas katil kerana berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kamu menggembirakan mereka berdua dan mereka berdua menggembirakan kamu adalah lebih baik daripada berjihad dengan pedang di jalan Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1024, hadis no. 5260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال قال رسول الله ﷺ: نومك على السرير برا بوالديك. تضحكهما ويضحكانك أفضل من جهادك بالسيف في سبيل الله عز وجل. [هب, الضعيفة (6274)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: Tidur kamu di atas katil kerana kepada kedua ibu bapa kamu, kamu menggembirakan mereka berdua dan mereka berdua menggembirakan kamu adalah lebih baik daripada berjihad dengan pedang di jalan Allah. [Riwayat Al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6274].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.