TEKS BAHASA ARAB
نومك على السرير برًّا بوالديك تضحكهما ويضحكانك أفضل من جهادك بالسيف في سبيل الله عز وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidur kamu di atas katil dalam keadaan berbuat baik kepada ibu bapa kamu, kamu menyebabkan mereka ketawa dan mereka membuatkan kamu ketawa, itu adalah lebih utama daripada jihad dengan menggunakan pedang di jalan Allah ‘Azza Wa Jalla.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 136, hadis nombor 682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنها قال: قال رسول الله ﷺ: نومك على السرير برًّا بوالديك تضحكها ويضحكانك أفضل من جهادك بالسيف في سبيل الله عز وجل. [هب، الضعيفة (6274)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘: Tidur kamu di atas katil dalam keadaan berbuat baik kepada ibu bapa kamu, kamu menyebabkan mereka ketawa dan mereka membuatkan kamu ketawa, itu adalah lebih utama daripada jihad dengan menggunakan pedang di jalan Allah ‘Azza Wa Jalla. [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6274)].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.