Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نومٌ على علمٍ؛ خيرٌ منْ صلاةٍ على جهلٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidur dalam keadaan berilmu adalah lebih baik berbanding solat dalam keadaan jahil.
Sahabat Perawi
- Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 300, hadis no. 1586. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمان - رضي الله عنه - مرفوعا: ((نوم على علم؛ خير من صلاة على جهل)). [حل، فر، ((الضعيفة)) (4697)]
(Daif) Daripada Salman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidur dalam keadaan berilmu adalah lebih baik berbanding solat dalam keadaan jahil. [Riwayat al-Hilyah al-Awliya’ oleh Abi Nu‘aim dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4697]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman