Tidur dalam berilmu lebih baik berbanding solat dalam kejahilan

TEKS BAHASA ARAB

نوم على علم؛ خير من صلاة على جهل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidur dalam berilmu lebih baik berbanding solat dalam kejahilan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1281, hadis nombor 6563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سلمان رضي الله عنه مرفوعاً: نوم على علم؛ خير من صلاة على جهل.
[حل، فر، ((الضعيفة)) (4697)]

(Lemah)
Daripada Salman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidur dalam berilmu lebih baik berbanding solat dalam kejahilan.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4697]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs