Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نومٌ على علمٍ؛ خيرٌ منْ صلاةٍ على جهلٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidur dalam berilmu lebih baik berbanding solat dalam kejahilan.
Sahabat Perawi
- Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1281, hadis no. 6563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمان رضي الله عنه مرفوعاً: نوم على علم؛ خير من صلاة على جهل. [حل، فر، ((الضعيفة)) (4697)]
(Lemah) Daripada Salman RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidur dalam berilmu lebih baik berbanding solat dalam kejahilan. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4697]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman