Tidaklah umat yang berpecah belah setelah (kewafatan) Nabinya melainkan ahli batil

TEKS BAHASA ARAB

ما اختلفت أمة بعد نبيها إلا ظهر أهل باطلها على أهل حقها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah umat yang berpecah belah setelah (kewafatan) Nabinya melainkan ahli batil akan menang ke atas ahli haq.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 526, hadis nombor 2787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «ما اختلفت أمة بعد نبيها إلا ظهر أهل باطلها على أهل حقها».
[طس، «الضعيفة» (5946)].

(Lemah) Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: Tidaklah umat yang berpecah belah setelah (kewafatan) Nabinya melainkan ahli batil akan menang ke atas ahli haq.
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5946]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs