Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah syaitan bertemu dengan ‘Umar semenjak beliau Islam melainkan ia tersungkur kerana wajahnya

Teks Bahasa Arab

ما لقيَ الشيطانُ عمرَ منذُ أسلمَ إلا خَرَّ لوجهِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah syaitan bertemu dengan ‘Umar semenjak beliau Islam melainkan ia tersungkur kerana wajahnya.

Sahabat Perawi

  1. Hafsah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1854, hadis no. 9362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن حفصة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((ما لقيَ الشيطانُ عمرَ منذُ أسلمَ إلا خَرَّ لوجهِهِ)). [ابن عساكر، ((الضعيفة))، (4466)].

(Munkar) Daripada Hafsah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah syaitan bertemu dengan ‘Umar semenjak beliau Islam melainkan ia tersungkur kerana wajahnya. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4466].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.