Tidaklah suatu kaum melakukan perkara bidah melainkan perkara itu dikeluarkan daripada sunnah

TEKS BAHASA ARAB

ما أحدث قوم بدعة إلا رفع مثلها من السنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah suatu kaum melakukan perkara bidah melainkan perkara itu dikeluarkan daripada sunnah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1297 – 1298, hadis nombor 6636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن غضيف بن الحارث الثمالي، قال: بعث إليَّ عبد الملك بن مروان فقال: يا أبا أسماء! إنا قد جمعنا الناس على أمرين. قال: وما هما؟ قال: رفع الأيدي على المنابر يوم الجمعة، والقصص بعد الصبح والعصر. فقال: أما إنهما أمثل بدعكم عندي، ولست مجيبك إلى شيء منهما. قال: لم؟ قال: لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ما أحدث قوم بدعة إلا رفع مثلها من السنة.
[حم، ابن عساكر، ابن بطة، ((الضعيفة)) (6707)].

(Lemah)
Daripada Ghudaif bin al-Harith al-Thamaliy berkata: ‘Abd al-Malik bin Marwan telah diutuskan kepadaku lalu berkata: Wahai Abu Asma`! Sesungguhnya kami telah menghimpunkan orang ramai atas dua perkara. Ghudaif berkata; Apakah dua perkara itu? Dia menjawab: Mengangkat tangan di atas mimbar pada hari Jumaat dan membaca kisah setelah Subuh dan Asar. Maka Ghudaif berkata; Sesungguhnya keduanya adalah contoh bidaah kamu menurutku, aku tidak melaksanakan apa-apa daripada keduanya. Dia bertanya: Mengapa? Ghudaif menjawab: Kerana Nabi SAW bersabda: Tidaklah suatu kaum melakukan perkara bidah melainkan perkara itu dikeluarkan daripada sunnah.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn 'Asakir, dan Ibn Battah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6707].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs