Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا أَحْدَثَ قَوْمٌ بِدْعَةً إِلَّا رُفِعَ مِثْلُهَا مِنَ السُّنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah suatu kaum melakukan perkara bidah melainkan perkara itu dikeluarkan daripada sunnah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1297 - 1298, hadis no. 6636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ghudaif bin al-Harith al-Thamaliy berkata: 'Abd al-Malik bin Marwan telah diutuskan kepadaku lalu berkata: Wahai Abu Asma`! Sesungguhnya kami telah menghimpunkan orang ramai atas dua perkara. Ghudaif berkata; Apakah dua perkara itu? Dia menjawab: Mengangkat tangan di atas mimbar pada hari Jumaat dan membaca kisah setelah Subuh dan Asar. Maka Ghudaif berkata; Sesungguhnya keduanya adalah contoh bidaah kamu menurutku, aku tidak melaksanakan apa-apa daripada keduanya. Dia bertanya: Mengapa? Ghudaif menjawab: Kerana Nabi SAW bersabda: Tidaklah suatu kaum melakukan perkara bidah melainkan perkara itu dikeluarkan daripada sunnah. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn 'Asakir, dan Ibn Battah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6707].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman