TEKS BAHASA ARAB
لا تفتح الدنيا على أحد؛ إلا ألقى الله عز وجل بينهم العداوة والبغضاء إلى يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah sesuatu kawasan dibuka kepada manusia, melainkan Allah akan mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sehingga hari kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 624, hadis nombor 3245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سنان الدؤلي: أنه دخل على عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – وعنده نفر من المهاجرين الأولين، فأرسل عمر إلى سفط أتي به من قلعة من العراق، فكان فيه خاتم، فأخذه بعض بنيه فأدخله في فيه، فانتزعه عمرمنه ثم بكى عمر – رضي الله عنه-، فقال له من عنده: لم تبكي وقد فتح الله لك، وأظهرك على عدوك، وأقر عينك؟ فقال عمر- رضي الله عنه -: إني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((لا تفتح الدنيا على أحد إلا ألقى الله عز وجل بينهم العداوة والبغضاء إلى يوم القيامة))، وأنا أشفق من ذلك. [حم، البزار، ((الضعيفة)) (4871)].
(Lemah)
Daripada Abu Sinan al-Duali: Dia masuk berjumpa Umar bin al-Khattab RA dan di sisinya ada beberapa orang dari kalangan Muhajirin yang awal, lalu Umar menghantar bekas yang didatangkan dari istana di Iraq. Padanya ada sebentuk cincin, lalu ia diambil oleh sebahagian anaknya dan dia memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu Umar merampas semula cincin itu darinya, kemudian beliau menangis. Lalu orang yang berada di sisinya berkata: "Mengapakah engkau menangis sedangkan Allah sudah membuka pintu kemenangan, memenangkan kamu ke atas musuhmu, dan menyejukkan pandanganmu?" Lalu Umar RA berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: ((Tidaklah sesuatu kawasan dibuka kepada manusia, melainkan Allah akan mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sehingga hari kiamat)), dan aku takut akan hal itu".
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, dan al-Bazzar dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4871].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.