Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah sesuatu kaum itu bermalam dalam keadaan kenyang melainkan akhlak mereka menjadi baik

Teks Bahasa Arab

حديث: ما بات قوم شباعا إلا حسنت أخلاقهم ولا بات قوم جياعا قط إلا ساءت أخلاقهم ومن قل أكله قل حسده.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidaklah sesuatu kaum itu bermalam dalam keadaan kenyang melainkan akhlak mereka menjadi baik, dan tidaklah sesuatu kaum itu bermalam dalam keadaan lapar sekalipun, melainkan akhlak mereka menjadi buruk. Dan sesiapa yang sedikit makannya sedikitlah sifat dengkinya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 156, hadis no. 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي إسناده: كذاب.

Pada sanadnya terdapat perawi pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.