Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah seseorang yang meninggalkan (tidak membantu) seorang Muslim

Teks Bahasa Arab

ما من امرئٍ يَخذُلُ امرءًا مسلمًا في موضعٍ تُنتهكُ فيهِ حُرمتهُ ، ويُنتقصُ فيهِ من عِرْضِهِ ، إلا خذلهُ اللهُ في موطنٍ يحبُّ فيهِ نُصرتَهُ ، وما من امرئٍ ينصرُ مسلمًا في موضعٍ يُنتقصُ فيهِ من عِرْضِهِ ، ويُنتهكُ فيهِ من حُرْمَتِهِ ، إلا نصرهُ اللهُ في موطنٍ يحبُّ نُصرتَه.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah seseorang yang meninggalkan (tidak membantu) seorang Muslim di tempat yang mana kehormatannya dicabul serta maruahnya dihina melainkan Allah Azza wa Jalla akan meninggalkannya (tidak membantunya) di tempat yang dia sukakan bantuan padanya. Dan tidak ada seseorang pun yang membantu seorang Muslim di tempat yang mana maruahnya dihina serta kehormatannya dicabul melainkan Allah akan membantunya di tempat yang dia suka untuk dibantu padanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Talhah bin Sahl al-Ansari RA
  2. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 161, hadis no. 804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله وأبو طلحة بن سهل الأنصاري - رضي الله عنهم - يقولان: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَا مِنْ امْرِئٍ يَخْذُلُ امْرَأً مُسْلِمًا عِنْدَ مَوْطِنٍ تُنْتَهَكُ فِيهِ حُرْمَتُهُ وَيُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ إِلَّا خَذَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ فِيهِ نُصْرَتَهُ. وَمَا مِنْ امْرِئٍ يَنْصُرُ مُسْلِمًا فِي مَوْطِنٍ يُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ وَيُنْتَهَكُ فِيهِ مِنْ حُرْمَتِهِ إِلَّا نَصَرَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ فِيهِ نُصْرَتَهُ. [تخ، د، الفسوي، ابن المبارك، حل، حم، ابن أبي الدنيا في ((الغيبة)) و ((الصمت))، طب، هق، البغوي، ((الضعيفة)) (6871)]

(Daif) Daripada Jabir bin ‘Abdillah dan Abu Talhah bin Sahl al-Ansari RA, keduanya berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Tidaklah seseorang yang meninggalkan (tidak membantu) seorang Muslim di tempat yang mana kehormatannya dicabul serta maruahnya dihina melainkan Allah Azza wa Jalla akan meninggalkannya (tidak membantunya) di tempat yang dia sukakan bantuan padanya. Dan tidak ada seseorang pun yang membantu seorang Muslim di tempat yang mana maruahnya dihina serta kehormatannya dicabul melainkan Allah akan membantunya di tempat yang dia suka untuk dibantu padanya. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Abu Daud, al-Fisawi, Ibn Al-Mubarak, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, Ahmad, Ibn Abu al-Dunya dalam Alfiyah, Al-Samt, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6871]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.