Tidaklah seseorang mengangkat darjat seseorang melebihi kadarnya

TEKS BAHASA ARAB

ما رفع أحد أحدا فوق مقداره، إلا وقد اتضع عنده من قدره بأزيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang mengangkat darjat seseorang melebihi kadarnya melainkan dia telah meletakkan kadarnya di sisi orang itu lebih (tinggi) lagi.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 161, hadis nombor 281. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس في المرفوع، ولكن قد جاء نحوه من كلام الشافعي رحمه الله تعالى.

Tiada yang marfu’, tetapi telah datang semisalnya kalam daripada al-Syafie rahimahu Allah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs