Tidaklah seseorang mendapat kelebihan melebihi daripada yang lain

TEKS BAHASA ARAB

ما من أحد بأكسب من أحد، وما من عام بأمطر من عام، ولكن الله يصرفه حيث يشاء، وإن الله يعطي المال من يحب ومن لا يحب، ولا يعطي الإيمان إلا من يحب، فإذا أحب الله عبدا؛ أعطاه الإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang mendapat kelebihan melebihi daripada yang lain, dan tidaklah setahun itu lebih banyak turun hujannya daripada tahun yang lain, tetapi Allah memberikannya kepada siapa yang dikehendaki. Dan sesungguhnya Allah memberikan harta kepada sesiapa yang Dia suka dan sesiapa yang Dia tidak suka, dan Dia tidak memberikan keimanan melainkan kepada sesiapa Dia suka. Dan apabila Allah menyukai seorang hamba, Dia akan memberikannya keimanan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 526, hadis nombor 2788. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه -، قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: «ما من أحد بأكسب من أحد، وما من عام بأمطر من عام، ولكن الله يصرفه حيث يشاء، وإن الله يعطي المال من يحب ومن لا يحب، ولا يعطي الإيمان إلا من يحب، فإذا أحب الله عبدا؛ أعطاه الإيمان».
[عق، ابن حبان في «الثقات»، «الضعيفة»، (5772)].

(Munkar) Daripada Abdullah ibnu Mas’ud RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Tidaklah seseorang mendapat kelebihan melebihi daripada yang lain, dan tidaklah setahun itu lebih banyak turun hujannya daripada tahun yang lain, tetapi Allah memberikannya kepada siapa yang dikehendaki. Dan sesungguhnya Allah memberikan harta kepada sesiapa yang Dia suka dan sesiapa yang Dia tidak suka, dan Dia tidak memberikan keimanan melainkan kepada sesiapa Dia suka. Dan apabila Allah menyukai seorang hamba, Dia akan memberikannya keimanan.
[Riwayat al-Uqaily dalam kitab al-Du'afa, Ibnu Hibban dalam kitabnya al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5772].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs