Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah seseorang mendapat kelebihan (karunia) dari yang lain

Teks Bahasa Arab

ما مِن أحدٍ بأكسَبَ مِن أحدٍ، وما مِن عامٍ بأمطرَ من عامٍ، ولكنَّ اللَّهَ يُصرِّفُهُ حيثُ يشاءُ، وإنَّ اللَّهَ يُعطي المالَ من يحبُّ ومن لا يحبُّ، ولا يُعطي الإيمانَ إلَّا من يحبُّ، فإذا أحبَّ اللَّهُ عبدًا أعطاهُ الإيمانَ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah seseorang mendapat kelebihan (karunia) dari yang lain, dan tidaklah setahun itu lebih banyak turun hujannya dari tahun yang lain, tetapi Allah SWT memberikannya kepada siapa yang dikehendaki. Dan sesungguhnya Allah SWT memberikan harta kepada sesiapa yang disukai dan yang tidak disukai, dan tidak memberikan keimanan melainkan kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan jika Allah SWT mencintai seorang hamba, (Allah SWT) akan memberikannya keimanan”.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah ibnu Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 526, hadis no. 2788.

(منکر) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه -، قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: « ما من أحد بأكسب من أحد، وما من عام بأمطر من عام، ولكن الله يصرفه حيث يشاء، وإن الله يعطي المال من يحب ومن لا يحب، ولا يعطي الإيمان إلا من يحث، فإذا أحب الله عبدا؛ أعطاه الإيمان». [عق، ابن حبان في «الثقات»، «الضعيفة»، (5772)].

(Munkar) Daripada Abdullah ibnu Mas'ud RA berkata: “Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seseorang mendapat kelebihan (karunia) dari yang lain, dan tidaklah setahun itu lebih banyak turun hujannya dari tahun yang lain, tetapi Allah SWT memberikannya kepada siapa yang dikehendaki. Dan sesungguhnya Allah SWT memberikan harta kepada sesiapa yang disukai dan yang tidak disukai, dan tidak memberikan keimanan melainkan kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan jika Allah SWT mencintai seorang hamba, (Allah SWT) akan memberikannya keimanan”.” [Riwayat al-Uqaily dalam kitab ad-Du'afa , Ibnu Hibban dalam kitabnya at-Tsiqat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5772].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.