Tidaklah seseorang membenci dan hasad terhadap kami melainkan dia diusir daripada telaga pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

لا يبغضنا ولا يحسدنا أحد إلا ذيد [عن الحوض] يوم القيامة بسياط من نار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang yang membenci kami dan juga yang hasad terhadap kami melainkan dia diusir daripada telaga pada hari kiamat dengan cemeti daripada api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1348, hadis nombor 6890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معاوية ابن خديج رضي الله عنه قال: أرسلني معاوية بن أبي سفيان رحمه الله إلى الحسن بن علي رضي الله عنهم أخطب على يزيد بنتاً له أو أختاً له، فأتيته، فذكرت له يزيد، فقال: إنا قوم لا نزوج نساءنا حتى نستأمرهن، فأتها. فأتيتها، فذكرت لها يزيد، فقالت: والله لا يكون ذاك حتى يسير فينا صاحبك كما سار فرعون في بني إسرائيل، يذبح أبناءهم، ويستحيي نساءهم! فرجعت إلى الحسن، فقلت: أرسلتني إلى فلقة من الفلق! تسمي أمير المؤمنين فرعون! فقال: يا معاوية! إياك وبغضنا؛ فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا يبغضنا ولا يحسدنا أحد إلا ذيد [عن الحوض] يوم القيامة بسياط من نار.
[طب، ((الضعيفة)) (4918)].

(Palsu)
Daripada Mu’awiyah bin Khudaij RA telah berkata: Mu’awiyah Ibn Abi Sufyan RH telah menghantarku kepada al-Hasan bin ‘Ali RA untuk aku meminang anak perempuan al-Hasan atau saudara perempuannya untuk Yazid. Aku pun pergi bertemu dengannya lalu aku menyebutkan Yazid kepada beliau, lantas al-Hasan berkata: Sesungguhnya kami adalah golongan yang tidak akan mengahwinkan wanita-wanita kami hinggalah kami berbincang dengan mereka, maka pergilah bertemu dengannya. Aku pun pergi bertemu dengan wanita itu lalu aku menyebutkan Yazid kepadanya, wanita itu pun berkata: Demi Allah! Perkara itu tidak akan berlaku hingga berlakunya kepada kami oleh sahabat kamu seperti yang telah dilakukan oleh Fir’aun terhadap Bani Israil, Fir’aun membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka! Aku pun kembali kepada al-Hasan, lalu aku pun berkata: Kamu telah menghantarku kepada salah seorang wanita yang ajaib! Dia menyebutkan Amir al-Mukminin sebagai Fir’aun. Al-Hasan pun berkata: Wahai Mu’awiyah! Janganlah kamu membenci kami kerana Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang yang membenci kami dan juga yang hasad terhadap kami melainkan dia diusir daripada telaga pada hari kiamat dengan cemeti daripada api neraka.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4918]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs