Tidaklah seseorang itu menguruskan urusan manusia kecuali Allah akan meletakkannya di atas jambatan Jahannam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يلي أحد من أمر الناس شيئا إلا وقفه الله على جسر جهنم، فزلزل به الجسر زلزلة، فناج أو غير ناج، لا يبقى منه عظم إلا فارق صاحبه، فإن هو لم ينج ذهب به في جب مظلم كالقبر في نار جهنم لا يبلغ قعره سبعين خريفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang itu menguruskan urusan manusia kecuali Allah akan meletakkannya di atas jambatan jahannam, (lalu dalam keadaan orang itu berada di atasnya), jambatan itu digegarkan, maka seseorang itu sama ada akan selamat atau tidak selamat (halnya), tidaklah berbaki tulang kecuali ia akan meninggalkan tuannya (tulang akan berguguran), jika dia tidak selamat, maka dia akan dibawa ke telaga yang gelap seperti kubur di dalam api neraka, dia tidak akan sampai ke dasarnya kecuali selepas 70 tahun.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 858 – 859, hadis nombor 4390. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-: أن عمر بن الخطاب استعمل بشر بن عاصم الجشمي على (صنعاء)، فتخلف، فلقيه على باب المسجد، فقال له: يا بشر! ألم أستعملك على صدقة من صدقات المسلمين، وقد علمت أن هذه الصدقات للفقراء والمساكين؟ فقال له بشر بن عاصم: بلى؛ ولكن سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((لا يلي أحد من أمر الناس شيئا إلا وقفه الله على جسر جهنم، فزلزل به الجسر زلزلة، فناج أو غير ناج، لا يبقى منه عظم إلا فارق صاحبه، فإن هو لم ينج ذهب به في جب مظلم كالقبر في نار جهنم لا يبلغ قعره سبعين خريفا)). فأقبل عمر راجعا حتى وقف على سلمان وأبي ذر، فقالا له: يا أمير المؤمنين! ما شأن وجهك متغيرا؟ قال: ذكر بشر بن عاصم كذا وكذا؛ فهل سمعتم ذلك من رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قالا: نعم. قال: فأيكم يلي هذا الأمر، فأجعله إليه؟ قالا: من ترب الله وجهه، وألصق خده بالأرض، ولم نر منك يا أمير المؤمنين! بعد إلا خيرا، ولكنا نخاف أن تولي هذا الأمر من ليس له بأهل؛ فيهلك بذلك. [ابن أبي الدنيا في ((الأهوال))، ((الضعيفة)) (6865)].

(Sangat lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa: Umar bin al-Khattab melantik Bisyr bin Asim al-Jashmi sebagai wakil pemerintah di Sanaa’, lalu dia enggan (dan tidak pergi ke sana), maka dia (Umar) berjumpa dengannya (Bisyr) di pintu masjid dan berkata kepadanya: Wahai Bisyr! Tidakkah aku telah melantik kamu untuk mengutip zakat dari zakat-zakat kaum muslimin, sedangkan engkau tahu bahawa ia untuk kaum fakir dan miskin? Maka Bisyr bin Asim berkata: Ya, tetapi aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seseorang itu menguruskan urusan manusia kecuali Allah akan meletakkannya di atas jambatan jahannam, (lalu dalam keadaan orang itu berada di atasnya), jambatan itu digegarkan, maka seseorang itu sama ada akan selamat atau tidak selamat (halnya), tidaklah berbaki tulang kecuali ia akan meninggalkan tuannya (tulang akan berguguran), jika dia tidak selamat, maka dia akan dibawa ke telaga yang gelap seperti kubur di dalam api neraka, dia tidak akan sampai ke dasarnya kecuali selepas 70 tahun.” Lalu Umar berpaling pulang sehinggalah beliau bertemu dengan Salman dan Abu Zar. Lalu mereka berdua berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mu’minin! Mengapa halnya wajahmu berubah? Dia berkata: Bisyr bin Asim mengatakan sekian sekian, adakah kamu pernah mendengar hal itu dari Rasulullah SAW? Mereka berdua berkata: Ya. Dia berkata: Siapakah antara kamu yang sanggup menguruskan urusan ini, lalu aku berikan kepadanya (tugasan ini)? Mereka berdua berkata: Sesiapa yang Allah debukan wajahnya dan merapatkan pipinya ke bumi, dan kami tidak melihat dari kamu wahai Amir al-Mu’minin (bahawa engkau hanya menghendaki) melainkan kebaikan, tetapi kami takut kamu melantik dalam urusan ini orang yang bukan ahlinya, lalu dia musnah kerana itu.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ahwal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6865].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.