TEKS BAHASA ARAB
ما أحسن عبد الصدقة؛ إلا أحسن الله له الخلافة على تركته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah seseorang itu memperbaiki sedekahnya, kecuali Allah akan memperbaiki khilafah yang ditinggalkannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 885, hadis nombor 4545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: (ما أحسن عبد الصدقة؛ إلا أحسن الله له الخلافة على تركته). [عد، ابن شاهين، ((الضعيفة)) (4413)]
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: Tidaklah seseorang itu memperbaiki sedekahnya, kecuali Allah akan memperbaiki khilafah yang ditinggalkannya. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', Ibn Syahin dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4413]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.