Tidaklah seseorang itu memberikan khutbah melainkan Allah bertanya

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد يخطب خطبة إلا الله -عز وجل- سائله عنها: ما أراد بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang itu memberikan khutbah melainkan Allah bertanya: Apakah yang dia hendak dengan khutbahnya?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2002, hadis nombor 10037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف)
عن الحسن، قال: قال رسول اللہ ﷺ: ما من عبد يخطب خطبة إلا الله -عز وجل- سائله عنها: ما أراد بها.
[أحمد في ((الزهد))، هيب، ابن أبي الدنيا في الصمت))، ((الضعيفة)) (2122)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang itu memberikan khutbah melainkan Allah bertanya: Apakah yang dia hendak dengan khutbahnya?
[Riwayat Ahmad dalam al-Zuhd, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibn Abu al-Dunya dalam al-Samt. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2122]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs