Tidaklah seseorang hamba menyempurnakan wuduk melainkan Allah ampunkan untuknya

TEKS BAHASA ARAB

لا يسبغ عبد الوضوء؛ إلا غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang hamba menyempurnakan wuduk melainkan Allah ampunkan untuknya dosa-dosa yang lalu dan akan datang.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1215, hadis nombor 6188. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن حمران قال: دعا عثمان بوضوء وهو يريد الخروج إلى الصلاة في ليلة باردة، فجئته بماء؛ فغسل وجهه ويديه، فقلت: حسبك؛ قد أسبغت الوضوء والليلة شديدة البرد، فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لا يسبغ عبد الوضوء؛ إلا غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر.
[البزار، ((الضعيفة)) (5036)]

(Munkar)
Daripada Humran, katanya: ‘Uthman telah meminta air untuk wuduk sewaktu beliau mahu keluar untuk solat pada satu malam yang sejuk. Lalu aku pun membawakan air kepada beliau, beliau pun membasuh wajah dan kedua tangan beliau. Aku pun berkata: Cukuplah! Anda telah sempurnakan wuduk, malam ini sangat sejuk. ‘Uthman berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang hamba menyempurnakan wuduk melainkan Allah ampunkan untuknya dosa-dosa yang lalu dan akan datang.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5036]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs