Tidaklah seseorang hamba meninggalkan pakaian sutera di dunia, melainkan Allah pasti akan memberikan kepadanya pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

حلف الله عز وجل بعزته وقوته لا يترك عبد لباس الحرير في الدنيا، إلا ألبسه الله إياه يوم القيامة في حظيرة القدس. ولا يترك عبد لباس الذهب والفضة وهو يقدر عليهما إلا ألبسه الله إياهما يوم القيامة في حظيرة القدس. ولا يترك الخمر في الدنيا إلا سقاه الله إياه يوم القيامة في حظيرة القدس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT telah bersumpah dengan Keperkasaan dan KekuasaanNya bahawa Tidaklah seseorang hamba meninggalkan pakaian sutera di dunia, melainkan Allah pasti akan memberikan kepadanya pada hari kiamat dalam syurga. Tidaklah juga seseorang hamba meninggalkan pakaian yang diperbuat daripada emas dan perak sedangkan dia berkemampuan, melainkan Allah pasti memakaikan kedua-duanya kepadanya pada hari Kiamat dalam syurga. Begitu juga, tidaklah seseorang hamba meninggalkan minuman arak di dunia, melainkan Allah pasti memberinya minum arak tersebut pada hari Kiamat dalam syurga.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 10, hadis nombor 114. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه ابن عدي في الكامل (2/586) والسهمي في تاريخ جرجان (401) عن الإسماعيلي وهذا في معجمه (ج 2/ ق 59/ 2- ق 60/ 1) من طريق جميع بن ثوب، وحدثنا خالد بن معدان، عن أبي أمامة مرفوعا فذكره.
قلت: وهذا سند ضعيف جدا، وآفته جميع بن ثوب متروك الحديث كما قال النسائي. وقال البخاري والدارقطني: منكر الحديث. وقال ابن عدي: وحديثه يتبين عليه أنه ضعيف.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (2/586), al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan (401) daripada al-Isma’ili, hadith ini juga terdapat dalam Mu’jam al-Isma’ili (juz 2/hlm. 59/2 hlm. 60/1) melalui sanad Jami’ bin Thawb dan katanya Khalid bin Ma’dan telah menceritakan kepada kami daripada Abu Umamah secara marfu’, lalu beliau menyebutkannya.
Saya berkata: Sanad ini terlalu dha’if. Puncanya adalah Jami’ bin Thawb, seorang yang Matruk al-Hadith (Perawi yang ditinggalkan hadithnya) sebagaimana kata al-Nasa’ei. Al-Bukhari dan al-Daraqutni pula berkata: "Munkar al-Hadith". Ibn ‘Adi juga berkata: "Hadith beliau menampakkan bahawa beliau seorang yang dha’if".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs