Tidaklah seseorang hamba mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah secara ikhlas

TEKS BAHASA ARAB

ما قال عبد لا إله إلا الله مخلصا إلا صعدت لا يردها حجاب، فإذا وصلت إلى الله عز وجل نظر الله إلى قائلها، وحق على الله أن لا ينظر إلى موحد إلا رحمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang hamba mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah secara ikhlas, melainkan ia terangkat dan tidak ada hijab yang menolaknya. Apabila ia sampai kepada Allah ‘azza wa jalla, Allah melihat kepada orang yang menyebutkannya dan menjadi hak kepada Allah untuk tidak melihat kepada orang yang mengucapkan kalimah tauhid melainkan dengan pandangan rahmat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1409, hadis nombor 7152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ما قال عبد لا إله إلا الله مخلصا إلا صعدت لا يردها حجاب، فإذا وصلت إلى الله عز وجل نظر الله إلى قائلها، وحق على الله أن لا ينظر إلى موحد إلا رحمة.
[ابن بشران، ((الضعيفة)) (919)]

(Munkar)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seseorang hamba mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah secara ikhlas, melainkan ia terangkat dan tidak ada hijab yang menolaknya. Apabila ia sampai kepada Allah ‘azza wa jalla, Allah melihat kepada orang yang menyebutkannya dan menjadi hak kepada Allah untuk tidak melihat kepada orang yang mengucapkan kalimah tauhid melainkan dengan pandangan rahmat.
[Riwayat Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 919]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs