Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما قال عبدٌ لا إله إلا اللهُ مُخلِصًا إلا صَعِدت لا يَرُدُّها حجابٌ، فإذا وصَلَتْ إلى اللهِ عز وجل نظر اللهُ إلى قائلِها، وحَقٌّ على اللهِ أن لا ينظرَ إلى مُوَحِّدٍ إلا رَحِمه.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seseorang hamba mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah secara ikhlas, melainkan ia terangkat dan tidak ada hijab yang menolaknya. Apabila ia sampai kepada Allah 'azza wa jalla, Allah melihat kepada orang yang menyebutkannya dan menjadi hak kepada Allah untuk tidak melihat kepada orang yang mengucapkan kalimah tauhid melainkan dengan pandangan rahmat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1409, hadis no. 7152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ما قال عبد لا إله إلا الله مخلصا إلا صعدت لا يردها حجاب، فإذا وصلت إلى الله عز وجل نظر الله إلى قائلها، وحق على الله أن لا ينظر إلى موحد إلا رحمة. [ابن بشران، ((الضعيفة)) (919)]
(Munkar) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seseorang hamba mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah secara ikhlas, melainkan ia terangkat dan tidak ada hijab yang menolaknya. Apabila ia sampai kepada Allah 'azza wa jalla, Allah melihat kepada orang yang menyebutkannya dan menjadi hak kepada Allah untuk tidak melihat kepada orang yang mengucapkan kalimah tauhid melainkan dengan pandangan rahmat. [Riwayat Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 919]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman