Tidaklah seseorang hamba memasuki syurga

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد يدخل الجنة؛ إلا جلس عند رأسه وعند رجليه ثنتان من الحور العين؛ يغنيانه بأحسن صوت سمعته الجن والإنس، وليس بمزامير الشيطان، ‌ولكن ‌بتحميد الله وتقديسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang hamba memasuki syurga, melainkan akan duduk di kepala dan juga kakinya dua al-Ḥūr al-‘Ain, mereka menyanyikan kepadanya sebaik-baik suara yang didengar oleh jin dan manusia, dan ia bukan seruling syaitan, tetapi tahmid kepada Allah dan mensucikan-Nya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 676, hadis nombor 3481. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((ما من عبد يدخل الجنة؛ إلا جلس عند رأسه وعند رجليه ثنتان من الحور العين؛ يغنيانه بأحسن صوت سمعته الجن والإنس، وليس بمزامير الشيطان، ‌ولكن ‌بتحميد الله وتقديسه)). [طب، ابن عساكر، البيهقي في ((البعث))، ((الضعيفة)) (5028)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Umāmah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seseorang hamba memasuki syurga, melainkan akan duduk di kepala dan juga kakinya dua al-Ḥūr al-‘Ain, mereka menyanyikan kepadanya sebaik-baik suara yang didengar oleh jin dan manusia, dan ia bukan seruling syaitan, tetapi tahmid kepada Allah dan mensucikan-Nya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, al-Baihaqī dalam al-Ba’th. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5028]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs