Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما تَقَرَّبَ العبدُ إلى اللهِ تعالى بشيءٍ أفضلَ من سجودٍ خَفِيٍّ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seseorang hamba itu mendekatkan dirinya dengan Allah Ta’ala dengan sesuatu yang lebih afdal berbanding sujud yang sembunyi.
Sahabat Perawi
- Dhamrah bin Habib bin Suhaib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 252, hadis no. 1307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ضمرة بن حبيب بن صهيب مرفوعا: ((ما تقرب العبد إلى الله -تعالى- بشيء أفضل من سجود خفي)). [ابن المبارك، القضاعي، فر، ((الضعيفة)) (1792)]
(Daif) Daripada Dhamrah bin Habib bin Suhaib secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seseorang hamba itu mendekatkan dirinya dengan Allah Ta’ala dengan sesuatu yang lebih afdal berbanding sujud yang sembunyi. [Riwayat Ibn al-Mubarak, al-Quda’ie dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1792]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman