Tidaklah seseorang dalam kalangan umat ini yang mereka-reka satu cerita yang belum berlaku

TEKS BAHASA ARAB

ما من أحد يحدث في هذه الأمة حدثا لم يكن فيموت حتى يصيبه ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang dalam kalangan umat ini yang mereka-reka satu cerita yang belum berlaku, lalu dia mati hinggalah dia ditimpa cerita rekaannya itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1276, hadis nombor 6535. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن بشر بن عبيد – وكان شيخا قديما – قال: كنا مع طاوس عند المقام، فسمعنا ضوضاة؛ فسمعت طاوسا يقول: ما هذا؟ فقالوا: قوم أخذهم ابن هشام في سبب فطوقهم، فسمعت طاوسا يحدث عن ابن عباس رضي الله عنهما، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ما من أحد يحدث في هذه الأمة حدثا لم يكن فيموت حتى يصيبه ذلك. قال بشر بن عبيد: فأنا رأيت ابن هشام حين عزل وأتاه عمال المدينة طوقوه.
[طب، طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4472)]

(Lemah)
Daripada Bishr bin ‘Abid – beliau merupakan seorang yang tua lagi lama – dia berkata: Kami pernah bersama Tawus ketika di Maqam, lalu kami mendengar bunyi hiruk-pikuk (riuh-rendah). Aku pun mendengar Tawus berkata: Apakah ini? Mereka menjawab: Satu kumpulan yang diambil oleh Ibn Hisham kerana satu sebab, lalu Ibn Hisham memeluk mereka. Aku pun mendengar Tawus menceritakan daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang dalam kalangan umat ini yang mereka-reka satu cerita yang belum berlaku, lalu dia mati hinggalah dia ditimpa cerita rekaannya itu. Bishr bin ‘Abdi berkata: Aku sendiri melihat Ibn Hisham ketika mengasingkan diri, petugas-petugas Madinah telah datang kepada beliau lalu mereka memeluknya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4472]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs