Tidaklah seseorang berdoa dengan sesuatu doa di Multazam ini melainkan dimustajabkan doa untuknya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما دعا أحد بشيء في هذا الملتزم؛ إلا استجيب له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang berdoa dengan sesuatu doa di Multazam ini melainkan dimustajabkan doa untuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1484, hadis nombor 7579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن الزبير – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ما دعا أحد بشيء في هذا الملتزم؛ إلا استجيب له)). [فر، ((الضعيفة)) (4441)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin al-Zubair RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seseorang berdoa dengan sesuatu doa di Multazam ini melainkan dimustajabkan doa untuknya.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4441]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.