Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما دعا أحدٌ بشيءٍ في هذا الملتَزَمِ؛ الَّا استُجيبَ لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seseorang berdoa dengan sesuatu doa di Multazam ini melainkan dimustajabkan doa untuknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin al-Zubair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1484, hadis no. 7579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن الزبير - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((ما دعا أحد بشيء في هذا الملتزم؛ إلا استجيب له)). [فر، ((الضعيفة)) (4441)]
(Palsu) Daripada 'Abdullah bin al-Zubair RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seseorang berdoa dengan sesuatu doa di Multazam ini melainkan dimustajabkan doa untuknya. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4441]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman