Tidaklah seorang penunggang yang menyendiri, mengingati Allah dan berzikir pada-Nya dalam suatu perjalanannya melainkan malaikat akan mengikutinya

TEKS BAHASA ARAB

ما من راكب يخلو في مسيره بالله وذكره؛ إلا ردفه ملك، ولا يخلو بشعر ونحوه؛ إلا ردفه شيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seorang penunggang yang menyendiri, mengingati Allah dan berzikir pada-Nya dalam suatu perjalanannya melainkan malaikat akan mengikutinya dan tidaklah dia menyendiri, dan (mengisi masanya) dengan sebuah syair atau seumpamanya melainkan syaitan yang akan mengikutinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1649, hadis nombor 8333. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عقبة بن عامر -رضي الله عنه-، قال : قال صلى الله عليه وسلم : ((ما من راكب يخلو في مسيرهِ بالله وذِكره؛ إلا ردفه ملك، ولا يخلو بشِعر ونحوه؛ إلا ردفه شيطان)). [طب، ((الضعيفة)) (6688)].

(Munkar)
Daripada Uqbah bin Amir RA beliau berkata: Telah berkata Baginda SAW: ((Tidaklah seorang penunggang yang menyendiri, mengingati Allah dan berzikir pada-Nya dalam suatu perjalanannya melainkan malaikat akan mengikutinya dan tidaklah dia menyendiri, dan (mengisi masanya) dengan sebuah syair atau seumpamanya melainkan syaitan yang akan mengikutinya)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6688].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs