Tidaklah seorang muslim yang mempertahankan maruah saudaranya melainkan menjadi hak ke atas Allah untuk menjauhkannya daripada neraka

TEKS BAHASA ARAB

ما من امرئ مسلم يرد عن عرض أخيه إلا كان حقا على الله أن يرد عنه نار جهنم يوم القيامة، ثم تلا هذه الآية: (وكان حقا علينا نصر المؤمنين).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seorang muslim yang mempertahankan maruah saudaranya melainkan menjadi hak ke atas Allah untuk menjauhkannya daripada neraka Jahanam pada hari kiamat. Kemudian baginda membaca ayat ini: "Dan menjadi hak ke atas Kami untuk memberi pertolongan kepada golongan yang beriman".[Al-Rum: 47]

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 20, hadis nombor 50. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما من امرئ مسلم يرد عن عرض أخيه إلا كان حقا على الله أن يرد عنه نار جهنم يوم القيامة، ثم تلا هذه الآية: {وكان حقا علينا نصر المؤمنين})).
[أبو الشيخ في ((الثواب))، ابن أبي حاتم، ((الضعيفة)) (580)]

(Lemah) Daripada Abi Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seorang muslim yang mempertahankan maruah saudaranya melainkan menjadi hak ke atas Allah untuk menjauhkannya daripada neraka Jahanam pada hari kiamat. Kemudian baginda membaca ayat ini: Dan menjadi hak ke atas Kami untuk memberi pertolongan kepada golongan yang beriman.[Al-Rum: 47].
[Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Tsawab, Ibn Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.580]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs