Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما مِنِ امرِيءٍ مسلمٍ يَرُدُّ عن عِرضِ أخيه إلا كان حَقًّا على اللهِ أن يَرُدَّ عنه نارَ جهنمَ يومَ القيامةِ، ثم تلا هذه الآية: (وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ).
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seorang muslim yang mempertahankan maruah saudaranya melainkan menjadi hak ke atas Allah untuk menjauhkannya daripada neraka Jahanam pada hari kiamat. Kemudian baginda membaca ayat ini: "Dan menjadi hak ke atas Kami untuk memberi pertolongan kepada golongan yang beriman".[Al-Rum: 47]
Sahabat Perawi
- Abu Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 20, hadis no. 50. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Abi Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seorang muslim yang mempertahankan maruah saudaranya melainkan menjadi hak ke atas Allah untuk menjauhkannya daripada neraka Jahanam pada hari kiamat. Kemudian baginda membaca ayat ini: Dan menjadi hak ke atas Kami untuk memberi pertolongan kepada golongan yang beriman.[Al-Rum: 47]. [Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Tsawab, Ibn Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.580]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman