Tidaklah seorang muslim itu melakukan suatu dosa, melainkan malaikat yang bertugas berhenti mengira dosa-dosanya selama tiga waktu

TEKS BAHASA ARAB

ما من مسلم يعمل ذنبا إلا وقف الملك الموكل بإحصاء ذنوبه ثلاث ساعات، فإن استغفر الله من ذنبه ذلك في شيء من تلك الساعات؛ لم يوقفه عليه، ولم يعذب يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seorang muslim itu melakukan suatu dosa, melainkan malaikat yang bertugas berhenti mengira dosa-dosanya selama tiga waktu (kerana) sekiranya dia meminta keampunan kepada Allah akan dosa-dosanya dalam tempoh itu, maka tidak diletakkan dosa itu atas dirinya dan dia tidak akan diazab pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1467, hadis nombor 7470. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم عصمة العوضية – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما من مسلم يعمل ذنبا إلا وقف الملك الموكل بإحصاء ذنوبه ثلاث ساعات، فإن استغفر الله من ذنبه ذلك في شيء من تلك الساعات؛ لم يوقفه عليه، ولم يعذب يوم القيامة)). [ك،((الضعيفة)) (3765)]

(Palsu)
Daripada Ummu ‘Ismah al-‘Iwadiyyah RA, berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Tidaklah seorang muslim itu melakukan suatu dosa, melainkan malaikat yang bertugas berhenti mengira dosa-dosanya selama tiga waktu (kerana) sekiranya dia meminta keampunan kepada Allah akan dosa-dosanya dalam tempoh itu, maka tidak diletakkan dosa itu atas dirinya dan dia tidak akan diazab pada hari kiamat.
[Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3765]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs