Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من مسلمٍ يعملُ ذنبًا إلا وقف الملَكُ المُوَكَّلُ بإحصاءِ ذنوبِهِ ثلاثَ ساعاتٍ، فإن استغفر اللهَ من ذنبِهِ ذلك في شيءٍ من تِلْكَ الساعاتِ ؛ لم يُوقِفْهُ عليه، ولم يُعَذَّبْ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seorang muslim itu melakukan suatu dosa, melainkan malaikat yang bertugas berhenti mengira dosa-dosanya selama tiga waktu (kerana) sekiranya dia meminta keampunan kepada Allah akan dosa-dosanya dalam tempoh itu, maka tidak diletakkan dosa itu atas dirinya dan dia tidak akan diazab pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Ummu 'Ismah al-'Iwadiyyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1467, hadis no. 7470. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أم عصمة العوضية - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ما من مسلم يعمل ذنبا إلا وقف الملك الموكل بإحصاء ذنوبه ثلاث ساعات، فإن استغفر الله من ذنبه ذلك في شيء من تلك الساعات؛ لم يوقفه عليه، ولم يعذب يوم القيامة)). [ك،((الضعيفة)) (3765)]
(Palsu) Daripada Ummu 'Ismah al-'Iwadiyyah RA, berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Tidaklah seorang muslim itu melakukan suatu dosa, melainkan malaikat yang bertugas berhenti mengira dosa-dosanya selama tiga waktu (kerana) sekiranya dia meminta keampunan kepada Allah akan dosa-dosanya dalam tempoh itu, maka tidak diletakkan dosa itu atas dirinya dan dia tidak akan diazab pada hari kiamat. [Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3765]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman