Tidaklah seorang muslim dan juga orang kafir itu apabila dia berbuat kebaikan melainkan Allah akan memberikan ganjaran kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

ما أحسن من مسلم ولا كافر إلا أثابه الله. قلنا: يا رسول الله! ما إثابة الله الكافر؟ فقال: إن كان وصل رحما، أو تصدق بصدقة، أو عمل حسنة؛ أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قلنا: فما في الآخرة؟ قال: عذابا دون العذاب. وقرأ { أدخلوا آل فرعون أشد العذاب }.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Tidaklah seorang muslim dan juga orang kafir itu apabila dia berbuat kebaikan melainkan Allah akan memberikan ganjaran kepadanya”. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran Allah kepada orang kafir? Lalu baginda menjawab: “Sekiranya dia menghubungkan silaturahim, atau bersedekah, atau melakukan amalan yang baik, Allah akan mengganjarinya dengan harta, anak-pinak, kesihatan, dan yang seumpama dengannya”. Kami bertanya lagi: Bagaimanakah pula di akhirat nanti? Jawab baginda: Azab yang rendah berbanding azab. Lalu baginda membaca: {Masuklah wahai ahli keluarga Fir’aun ke dalam azab yang sangat dahsyat}. [Ghafir : 46]

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 887, hadis nombor 4550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعاً: ما أحسن من مسلم ولا كافر إلا أثابه الله. قلنا: يا رسول الله! ما إثابة الله الكافر؟ فقال: إن كان وصل رحما، أو تصدق بصدقة، أو عمل حسنة؛ أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قلنا: فما في الآخرة؟ قال: عذابا دون العذاب. وقرأ { أدخلوا آل فرعون أشد العذاب }.
[ابن شاهين، ك، هب، ابن ماجه في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4983، 6701)]

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Tidaklah seorang muslim dan juga orang kafir itu apabila dia berbuat kebaikan melainkan Allah akan memberikan ganjaran kepadanya”. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran Allah kepada orang kafir? Lalu baginda menjawab: “Sekiranya dia menghubungkan silaturahim, atau bersedekah, atau melakukan amalan yang baik, Allah akan mengganjarinya dengan harta, anak-pinak, kesihatan, dan yang seumpama dengannya”. Kami bertanya lagi: Bagaimanakah pula di akhirat nanti? Jawab baginda: Azab yang rendah berbanding azab. Lalu baginda membaca: {Masuklah wahai ahli keluarga Fir’aun ke dalam azab yang sangat dahsyat}. [Ghafir : 46] [Riwayat Ibn Syahin dalam al-Targhib, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, Al-Baihaqi dalam Al-Syu’ab, Ibn Majah dalam tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4983, 6701].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs