Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أحسنَ مِن مسلِمٍ ولا كافرٍ إلَّا أثابهُ اللهُ. قُلنا: يا رسولَ اللهِ ! ما إثابةُ اللهِ الكافرَ؟ فقال: إن كان وصلَ رحمًا، أو تصدَّق بصدَقةٍ، أو عمل حسنةً؛ أثابه اللهُ المالَ والولدَ والصِّحةَ وأشباهَ ذلكَ . قُلنا : فما في الآخرةِ ؟ قال: عذابًا دونَ العذَابِ. وقرأ : أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ.
Teks Bahasa Melayu
"Tidaklah seorang muslim dan juga orang kafir itu apabila dia berbuat kebaikan melainkan Allah akan memberikan ganjaran kepadanya”. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran Allah kepada orang kafir? Lalu baginda menjawab: “Sekiranya dia menghubungkan silaturahim, atau bersedekah, atau melakukan amalan yang baik, Allah akan mengganjarinya dengan harta, anak-pinak, kesihatan, dan yang seumpama dengannya”. Kami bertanya lagi: Bagaimanakah pula di akhirat nanti? Jawab baginda: Azab yang rendah berbanding azab. Lalu baginda membaca: {Masuklah wahai ahli keluarga Fir’aun ke dalam azab yang sangat dahsyat}. [Ghafir : 46]
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 887, hadis no. 4550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعاً: ما أحسن من مسلم ولا كافر إلا أثابه الله. قلنا: يا رسول الله! ما إثابة الله الكافر؟ فقال: إن كان وصل رحما، أو تصدق بصدقة، أو عمل حسنة؛ أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قلنا: فما في الآخرة؟ قال: عذابا دون العذاب. وقرأ { أدخلوا آل فرعون أشد العذاب }. [ابن شاهين، ك، هب، ابن ماجه في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4983، 6701)]
(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Tidaklah seorang muslim dan juga orang kafir itu apabila dia berbuat kebaikan melainkan Allah akan memberikan ganjaran kepadanya”. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran Allah kepada orang kafir? Lalu baginda menjawab: “Sekiranya dia menghubungkan silaturahim, atau bersedekah, atau melakukan amalan yang baik, Allah akan mengganjarinya dengan harta, anak-pinak, kesihatan, dan yang seumpama dengannya”. Kami bertanya lagi: Bagaimanakah pula di akhirat nanti? Jawab baginda: Azab yang rendah berbanding azab. Lalu baginda membaca: {Masuklah wahai ahli keluarga Fir’aun ke dalam azab yang sangat dahsyat}. [Ghafir : 46] [Riwayat Ibn Syahin dalam al-Targhib, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, Al-Baihaqi dalam Al-Syu’ab, Ibn Majah dalam tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4983, 6701].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman