Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أحسَنَ من مسلمٍ ولا كافرٍ إلا أثابه اللهُ. قلنا : يا رسولَ اللهِ! ما إثَابَةُ اللهُ الكافِرَ؟ فقال : إن كان وصل رحِمًا أو تصدَّق بِصَدَقَةٍ، أو عمِل حسنةً؛ أثابَه اللهُ المالَ والولدَ والصحَّةَ وأشباهَ ذلك. قلنا : فما في الآخرةِ؟ قال: عذابًا دونَ العذابِ. وقرأ { أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ }.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seorang muslim dan juga orang kafir itu apabila dia berbuat kebaikan melainkan Allah akan memberikan ganjaran kepadanya”. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran Allah kepada orang kafir? Lalu baginda menjawab: “Sekiranya dia menghubungkan silaturahim, atau bersedekah, atau melakukan amalan yang baik, Allah akan mengganjarkan dia dengan harta, anak-pinak, kesihatan, dan yang seumpama dengannya”. Kami bertanya lagi: Bagaimanakah pula di akhirat nanti? Jawab baginda: Azab yang rendah berbanding azab. Lalu baginda membaca: {Masuklah wahai ahli keluarga Fir’aun ke dalam azab yang sangat dahsyat}. [Ghafir : 46]
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 85, hadis no. 423. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Tidaklah seorang muslim dan juga orang kafir itu apabila dia berbuat kebaikan melainkan Allah akan memberikan ganjaran kepadanya. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran Allah kepada orang kafir? Lalu baginda menjawab: Sekiranya dia menghubungkan silaturahim, atau bersedekah, atau melakukan amalan yang baik, Allah akan mengganjarkan dia dengan harta, anak-pinak, kesihatan, dan yang seumpama dengannya. Kami bertanya lagi: Bagaimanakah pula di akhirat nanti? Jawab baginda: Azab yang rendah berbanding azab. Lalu baginda membaca: {Masuklah wahai ahli keluarga Fir’aun ke dalam azab yang sangat dahsyat}. [Ghafir : 46]. [Riwayat Ibn Syahin dalam al-Targhib, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, Al-Baihaqi dalam Al-Syu’ab, Ibn Majah dalam tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4983, 6701]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman