TEKS BAHASA ARAB
ما من رجل يستيقظ من الليل فيوقظ امرأته فإن غلبها النوم نضح في وجهها من الماء، فيقومان في بيتهما فيذكركان الله عز وجل ساعة من الليل؛ إلا غفر لهما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah seorang lelaki yang bangun malam lalu mengejutkan isterinya jika didapatinya masih tidur dia memercikkan air di wajah isterinya, lantas mereka berdua mendirikan (qiamullail) di rumah mereka dan berzikir kepada Allah pada sepertiga malam melainkan diampunkan kedua-duanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 956, hadis nombor 4937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي مالك الأشعري – رضي الله عنه – قال: : قال رسول الله ﷺ: ما من رجل يستيقظ من الليل فيوقظ امرأته فإن غلبها النوم نضح في وجهها من الماء، فيقومان في بيتهما فيذكران الله عز وجل ساعة من الليل؛ إلا غفر لهما.
[طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة))(5609)].
(Lemah)
Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Tidaklah seorang lelaki yang bangun malam lalu mengejutkan isterinya jika didapatinya masih tidur dia memercikkan air di wajah isterinya, lantas mereka berdua mendirikan (qiamullail) di rumah mereka dan berzikir kepada Allah pada sepertiga malam melainkan diampunkan kedua-duanya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dalam Musnad Al-Shamin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5609].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.