Tidaklah seorang lelaki itu mengeluarkan satu bahagian sedekah, sehinggalah janggut tujuh puluh syaitan tertanggal dengan sedekah tersebut

TEKS BAHASA ARAB

ما ‌يخرج رجل شيئا من ‌الصدقة؛ حتى يفك عنها لحيي سبعين شيطانا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seorang lelaki itu mengeluarkan satu bahagian sedekah, sehinggalah janggut tujuh puluh syaitan tertanggal dengan sedekah tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 580, hadis nombor 2984. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بريدة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «مَا يُخْرِجُ رَجُلٌ شَيْئًا مِنَ الصَّدَقَةِ حَتَّى يَفُكَّ عَنْهَا لَحْيَيْ سَبْعِينَ شَيْطَانًا». [حم، ابن خزيمة، ك، البزار، طس، هب، الأصبهاني، «الضعيفة» (6823)].

(Lemah) Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Tidaklah seorang lelaki itu mengeluarkan satu bahagian sedekah, sehinggalah janggut tujuh puluh syaitan tertanggal dengan sedekah tersebut". [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn Khuzaymah dalam al-Sahih, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bazzar dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6823].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs