Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah seorang lelaki itu mengeluarkan satu bahagian sedekah, sehinggalah janggut tujuh puluh syaitan tertanggal dengan sedekah tersebut

Teks Bahasa Arab

مَا يُخْرِجُ رَجُلٌ شَيْئًا مِنَ الصَّدَقَةِ؛ حَتَّى يَفُكَّ عَنْهَا لَحْيَيْ سَبْعِينَ شَيْطَانًا.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah seorang lelaki itu mengeluarkan satu bahagian sedekah, sehinggalah janggut tujuh puluh syaitan tertanggal dengan sedekah tersebut.

Sahabat Perawi

  1. Buraidah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 580, hadis no. 2984.

(ضعيف) عن بريدة - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «مَا يُخْرِجُ رَجُلٌ شَيْئًا مِنَ الصَّدَقَةِ حَتَّى يَفُكَّ عَنْهَا لَحْيَيْ سَبْعِينَ شَيْطَانًا». [حم، ابن خزيمة، ك، البزار، طس، هب، الأصبهاني، «الضعيفة» (6823)].

(Lemah) Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Tidaklah seorang lelaki itu mengeluarkan satu bahagian sedekah, sehinggalah janggut tujuh puluh syaitan tertanggal dengan sedekah tersebut". [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn Khuzaymah dalam al-Sahih, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bazzar dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6823].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.