Tidak Ditemui
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: مَا من عبد صلى عَليّ إِلَّا خرجت الصَّلَاة مسرعة من فِيهِ، فَلَا يبْقى بر وَلَا شَرق وَلَا غرب إِلَّا وتمر بِهِ وَتقول: أَنا صَلَاة فلَان ابْن فلَان صلى على الْمُخْتَار من خلق الله، فَلَا يبْقى شَيْء إِلَّا وَصلى عَلَيْهِ، ويخلق الله من تِلْكَ الصَّلَاة طائرا لَهُ سَبْعُونَ ألف جنَاح، فِي كل جنَاح سَبْعُونَ ألف ريشة، فِي كل ريشة سَبْعُونَ ألف وَجه، فِي كل وَجه سَبْعُونَ ألف فَم، فِي كل فَم سَبْعُونَ ألف لِسَان، كل لِسَان يسبح الله بسبعين ألف لُغَة، وَيكْتب لَهُ ثَوَاب ذَلِك كُله.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Tidaklah seorang hamba yang berselawat kepadaku melainkan selawat itu akan keluar dengan cepat daripada mulutnya. Tiada daratan, timur dan barat melainkan ia melintasinya sambil berkata: Aku adalah selawat polan bin polan. Dia berselawat ke atas makhluk pilihan Allah. Lalu tiada sesuatu pun melainkan berselawat untuknya dan Allah akan menciptakan daripada selawat tersebut seekor burung yang memiliki 70 ribu sayap, pada setiap sayap ada 70 ribu bulu, pada setiap bulu ada 70 ribu wajah, pada setiap wajah ada 70 ribu mulut, pada setiap mulut ada 70 ribu lidah. Setiap lidah akan bertasbih menggunakan 70 ribu bahasa dan ditulis untuknya pahala kesemua itu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tidak Ditemui
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 163, hadis no. 485. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره الجزولي وغيره. قال الفاسي شارح الدلائل: لم أجده، بل أشار العراقي إلى وضعه، والله أعلم.
Al-Jazuli dan lain-lain telah menyebutkannya. Al-Fasi yang mensyarahkan kitab al-Dalail berkata: Aku belum pernah menemuinya. Al-Iraqi bahkan mengisyaratkan bahawa ia palsu. Wallahu a’lam.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman