Tidaklah seorang hamba itu melantik seorang pengganti untuk keluarganya, yang lebih Allah sukai, daripada empat rakaa

TEKS BAHASA ARAB

ما استخلف عبد في أهله من خليفة أحب إلى الله تعالى من أربع ركعات يصليهن في بيته إذا شد عليه ثياب سفره؛، يقرأ فيهن ب(فاتحة الكتاب) ، (قل هو الله أحد) ، ثم يقول: اللهم! إني أتقرب إليك بهن فاخلفني بهن في أهلي ومالي. فهن خليفته في أهله، وماله، وداره، ودور حول داره؛ حتى يرجع إلى أهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seorang hamba itu melantik seorang pengganti untuk keluarganya, yang lebih Allah sukai, daripada empat rakaat yang dia dirikan di rumahnya apabila pakaian pemusafirannya telah diikat (yakni apabila dia telah bersedia dengan beg pakaiannya), lalu dia membaca di dalamnya (yakni dalam 4 rakaat solat tersebut) surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas, kemudian berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku mendekati-Mu dengannya (yakni solat empat rakaat tersebut), maka gantikanlah aku dengannya (yakni solat empat rakaat tersebut) untuk keluargaku dan hartaku". Maka solat empat rakaat tersebutlah yang menjadi pengganti kepada keluarganya, hartanya, rumahnya, daerah keliling rumahnya sehinggalah dia pulang kepada keluarganya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1538, hadis nombor 7811. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك: أن رجلا أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إني نذرت سفرا، وقد كتبت وصيتي، فإلى من أدفعها؛ إلى أبي، أم إلى أخي، أم إلى ابني؛ فقال صلى الله عليه وسلم :(ما استخلف عبد في أهله من خليفة أحب إلى الله تعالى من أربع ركعات يصليهن في بيته إذا شد عليه ثياب سفره؛، يقرأ فيهن ب(فاتحة الكتاب)، (قل هو الله أحد)، ثم يقول: اللهم! إني أتقرب إليك بهن فاخلفني بهن في أهلي ومالي. فهن خليفته في أهله، وماله، وداره، ودور حول داره؛ حتى يرجع إلى أهله).
[الحاكم في (( تاريخ نيسابور))، ((الضعيفة)) (5840)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas Bin Malik RA, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Aku bernazar untuk bermusafir dan aku telah menulis wasiatku, jadi kepada siapakah aku patut berikannya? Kepada ayahku, atau saudara lelakiku atau anak lelakiku? Maka Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba itu melantik seorang pengganti untuk keluarganya, yang lebih Allah sukai, daripada empat rakaat yang dia dirikan di rumahnya apabila pakaian pemusafirannya telah diikat (yakni apabila dia telah bersedia dengan beg pakaiannya), lalu dia membaca di dalamnya (yakni dalam 4 rakaat solat tersebut) surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas, kemudian berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku mendekati-Mu dengannya (yakni solat empat rakaat tersebut), maka gantikanlah aku dengannya (yakni solat empat rakaat tersebut) untuk keluargaku dan hartaku". Maka solat empat rakaat tersebutlah yang menjadi pengganti kepada keluarganya, hartanya, rumahnya, daerah keliling rumahnya sehinggalah dia pulang kepada keluarganya.
[Riwayat al-Hakim dalam Tarikh Naisabur. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5840].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs