TEKS BAHASA ARAB
ما من ولد بار ينظر إلى والديه نظرة رحمة؛ إلا كان له بكل نظرة حجة مبرورة، قالوا: وإن نظر إليهما كل يوم مائة مرة؟ قال: نعم، الله أكبر وأطيب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah seorang anak yang soleh memandang kepada ibu bapanya dengan kasih sayang, melainkan dia mendapat pahala haji yang mabrur pada setiap pandangan itu. Para sahabat bertanya: Walaupun dia memandang kepada keduanya 100 kali setiap kali? Baginda menjawab: Ya. Allah Maha Besar dan Maha Baik.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2059, hadis nombor 10343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: ما من ولد بار ينظر إلى والديه نظرة رحمة؛ إلا كان له بكل نظرة حجة مبرورة، قالوا: وإن نظر إليهما كل يوم مائة مرة؟ قال: نعم، الله أكبر وأطيب.
[هب، الحاكم في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (6273)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang anak yang soleh memandang kepada ibu bapanya dengan kasih sayang, melainkan dia mendapat pahala haji yang mabrur pada setiap pandangan itu. Para sahabat bertanya: Walaupun dia memandang kepada keduanya 100 kali setiap kali? Baginda menjawab: Ya. Allah Maha Besar dan Baik.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Syu’ab dan al-Hakim dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6273]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.