Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta sedikit pun

TEKS BAHASA ARAB

ما نقصت صدقة من مال قط، وما مد عبد يده بصدقة؛ إلا ألقيت في يد الله قبل أن تقع في يد السائل، ولا فتح عبد باب مسألة له عنها غنى؛ إلا فتح الله عليه باب فقر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta sedikit pun, dan tidaklah seorang hamba itu menghulurkan tangannya untuk memberi sedekah, kecuali akan diletakkan (terlebih dahulu) di tangan Allah sebelum ia berada di dalam tangan orang yang meminta, tidaklah seseorang hamba membuka pintu meminta-minta sesuatu yang dia tidak perlu, kecuali Allah akan membuka kepadanya pintu kefakiran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 892, hadis nombor 4578. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس-رضي الله عنهما- رفعه: ((ما نقصت صدقة من مال قط، وما مد عبد يده بصدقة؛ إلا ألقيت في يد الله قبل أن تقع في يد السائل، ولا فتح عبد باب مسألة له عنها غنى؛ إلا فتح الله عليه باب فقر)). [طب، ((الضعيفة)) (5074)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta sedikit pun, dan tidaklah seorang hamba itu menghulurkan tangannya untuk memberi sedekah, kecuali akan diletakkan (terlebih dahulu) di tangan Allah sebelum ia berada di dalam tangan orang yang meminta, tidaklah seseorang hamba membuka pintu meminta-minta sesuatu yang dia tidak perlu, kecuali Allah akan membuka kepadanya pintu kefakiran.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5074].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.