Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah saya keluarkan kalian daripada diri saya sendiri dan tidak juga saya sendiri yang meninggalkannya

Teks Bahasa Arab

ما أنا أخرجْتكُم من قِبَلِ نفسي، ولا أنا تركتُه، ولكنَّ اللهَ أخرجكُم وتركهُ ؛ إنما أنا عبدٌ مأمورٌ، ما أمرتُ به فعلتُ ؛ إن أتبعُ إلا ما يوحَى إليَّ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah saya keluarkan kalian daripada diri saya sendiri dan tidak juga saya sendiri yang meninggalkannya. Akan tetapi Allah yang mengeluarkan kalian dan Dia yang meninggalkannya. Sesungguhnya saya hanyalah seorang hamba yang menurut perintah. Apa yang saya perintahkan dengannya maka saya lakukan, tidaklah saya ikut melainkan apa yang diwahyukan kepada saya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1853, hadis no. 9356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: لما أخرج أهل المسجد وترك علي؛ قال الناس في ذلك، فبلغ النبي ﷺ فقال:((ما أنا أخرجْتكُم من قِبَلِ نفسي، ولا أنا تركتُه، ولكنَّ اللهَ أخرجكُم وتركهُ ؛ إنما أنا عبدٌ مأمورٌ، ما أمرتُ به فعلتُ ؛ إن أتبعُ إلا ما يوحَى إليَّ)). [طب، ((الضعيفة))، (4495)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Tatkala ahli masjid dikeluarkan dan ditinggalkan Ali, orang ramai bercakap tentang perkara tersebut, lalu ia sampai kepada Nabi SAW lalu baginda bersabda: Tidaklah saya keluarkan kalian daripada diri saya sendiri dan tidak juga saya sendiri yang meninggalkannya. Akan tetapi Allah yang mengeluarkan kalian dan Dia yang meninggalkannya. Sesungguhnya saya hanyalah seorang hamba yang menurut perintah. Apa yang saya perintahkan dengannya maka saya lakukan, tidaklah saya ikut melainkan apa yang diwahyukan kepada saya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4495].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.